Thursday, December 3, 2009

Bila diri di uji...


kadang-kadang kita selalu terjumpa dengan seseorang yg pd awlnye kita percaya bhwa dia adalah org yg kita percayai dan kita sayangi...tp seringkali itulah kepercayaan itu ternoda dek kerana pengkhianatan yg dibalas. di dalam dunia ini kita akan sentiasa berdepan dengan individu sebegini..bukan sekali tp mungkin berkali-kali. apabila takdir menemukan kita dengan orang yang salah..memang kita tidak dapat melawannya.. namun kita sentiasa ada tuhan disisi..tuhan menguji kepada hambanya seberapa ingatkah kita terhadapnya sebagaimana Dia sentiasa mengingati kita dengan membekalkan ujian, dugaan,rzeki dan pahala terhadap setiap hambanya...meskipun hambanya itu sehina-hinanya di sisi Allah S.W.T..

tidak salah sekiranya kita menitiskan air mata apabila dilanda dugaan dan musibah yg rasanya amat berat kita galas..siapalah kita..meskipun sebesar-besar mana pun darjat kita...namun apabila rintangan tiba..sedarlah kita Allah jualah yg maha berkuasa.

melalui pengalaman ku sendiri apabila kita berjumpa dengan orang yg menyakiti hati ini..tidak kiralah kekasih mahupun kawan seperjuangan. seringkali aku mengatakan "SAMPAI HATI" mereka melakukan dan menganiayai diriku yg sentiasa menyayangi mereka..namun aku sedar siapalah aku untuk membalas segala perbuatan mereka....walapun pedih..beristighfarlah..dan ingatlah setiap yg buruk bukanlah akan sentiasa buruk...setiap yg baik tidak akan selamanya baik.. aku pun tidak mahu hati ini dipenuhi dendam dan perasaan sakit hati yang berpanjangan kerana aku percaya...perasaan negatif ini mampu mengelapkan hati. ini juga samalah seperti aku menganiyai diriku sendiri....

insyallah jika dipertemukan insan yg sebegini lagi aku redha..lantas memikirkan bahawa "Allah maha megetahui setiap musibah yang diujinya terhadapku"



Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home